Calon yang berminat untuk menyandang jawatan ini haruslah memohon melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awan (SPA). Calon juga wajib melepasi 3 tapisan sebelum diserap sebagai pegawai di mana-mana jabatan berkaitan.
Tugas-tugas Pegawai Tadbir dan Diplomatik
Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.
Jadual Gaji
Syarat Lantikan Sebagai Pegawai PTD
- Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf. [Gaji permulaan RM 2,253.00]
- Ijazah Sarjana yang diiktiraf. [Gaji permulaan RM 2,564.14]
- Ijazah Doktor Falsafah (PhD) yang diiktiraf. [Gaji permulaan RM 2,875.48]
- Lulus peperiksaan memasuki Pegawai Tadbir dan Diplomatik yang ditetapkan.
- Hadir dan lulus Diploma Pengurusan Awam (DPA) anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
1) Peperiksaan PTD
Sejak tahun 2015, peperiksaan memasuki perkhidmatan awam telah di lakukan secara dalam talian (online).
Para calon tidak lagi perlu hadirkan diri ke pusat-pusat ujian untuk menduduki peperiksaan.
Semasa peperiksaan sedang berlangsung, anda juga perlu alert sebarang info dari pihak SPA yang akan di sebarkan melalui laman fanpage Facebook Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)
Calon wajib lulus peperiksaan ini untuk melayakkan tapisan seterusnya iaitu PAC.
[+] Panduan Menduduki Peperiksaan PTD 19 Januari 2016
2) PTD Assessment Centre (PAC)
Para calon yang telah melepasi peperiksaan online, mereka akan di panggil untuk menghadiri PAC di pusat latihan INTAN seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Antara aktiviti/ujian yang calon perlu tempuhi adalah berlari sejauh 2.4 km.
3) Temuduga
Calon akan dipanggil untuk temuduga selepas berjaya melepasi ujian di PTD PAC.
3) KADET (calon simpanan)
Pada tahun 2016 ini, calon-calon yang melepasi kesemua syarat lantikan akan di serap masuk ke pasukan KADET atau juga dikenali sebagai calon simpanan.

Dapatkan panduan dan nota untuk menduduki Peperiksaan Online Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 pada 19 Januari 2016 di sini.
0 comments:
Post a Comment