[1] SIKAP DAN LEMAH SKIL BERKOMUNIKASI
Rating yang rendah yang diberikan bukanlah dikaitkan dengan kelayakan akademik mereka, tetapi sebaliknya sikap yang tidak baik dan kemahiran komunikasi yang lemah ditunjukkan semasa sesi temuduga atau ditempat kerja.
[2] GAJI TAK MASUK AKAL
Para majikan ditanya mengapa agak sukar untuk para graduan baru diterima bekerja dan hasilnya 68% responden memberitahu bahawa para graduan baru meminta gaji dan kelebihan yang tidak realistik. Survey yang dilakukan sebelum ini oleh pihak Jobstreet.com menyatakan 60% para graduan abru menjangkakan gaji pertama mereka sebanyak RM3,500. Malangnya, purata gaji yang ditawarkan kepada para graduan hanyalah dari RM2,100 - RM2,500.

[3] LEMAH BAHASA INGGERIS
Dengan peningkatan kepentingan menguasai Bahasa Inggeris di Malaysia, 64% responden menyatakan bahawa penguasaan bahasa Inggeris yang lemah sebagai punca tidak diterima bekerja. Sebagai bahasa komunikasi bisnes yang utama, para graduan seharusnya mempunyai penguasaan bahasa Inggeris yang bagus untuk diterima bekerja dalam sesebuah organisasi dan syarikat.
[4] TERLALU MEMILIH KERJA
Faktor ke-tiga yang menyebabkan para graduan baru tidak diterima bekerja pula adalah kerana sikap terlalu memilih dalam pekerjaan iaitu sebanyak 60% diikuti dengan kurangnya penguasaan komunikasi skils dan menunjukkan karaktor yang tidak elok semasa sesi interview.
PENTING! Para graduan seharusnya mencari rujukan untuk memahami expectation, requirement dan tahap gaji yang ditawarkan oleh majikan untuk bersedia dalam sesi interview.
[5] TIADA SKIL TAMBAHAN
39% daripada majikan memberikan jawapan bahawa mereka melihat skil kepimpinan melalui jawatan-jawatan yang disandang semasa pengajian. 25% melihat gred akademik dan 20% serta 16% masing-masing melihat melalui aktiviti kurikulum seperti sukan, kelab dan persatuan dan kerja-kerja sukarela.
Sumber asal : Jobstreet Blog
0 comments:
Post a Comment