Meet The Author

Saya Irfan Adi, seorang blogger kerjaya yang kini sedang berkhidmat sebagai seorang Engineer di sebuah kilang perindustrian Pharmaceutical. Suka membantu graduan baru dalam mengejar kerjaya dan impian mereka ke arah membantu negara mencapai negara berpendapatan tinggi. Ini lah Peluang Anda Berkhidmat Untuk Negara Kita, MALAYSIA!

author

5 Punca Graduan Baru Tidak Diterima Bekerja

Leave a Comment
Mengikut survey yang telah dijalankan oleh portal jawatan kosong terbesar Jobstreet.com, para graduan baru perlu melakukan sesuatu kerana para majikan berpendapat mereka tidak gembira dengan tahap kualiti mereka. 70% responden yang terdiri daripada majikan berkata, bahawa standard graduan baru adalah hanya sederhana, manakala 24% lagi percaya bahawa mereka tidak bagus dan hanya 6% yang mengatakan mereka bagus.

[1] SIKAP DAN LEMAH SKIL BERKOMUNIKASI
Rating yang rendah yang diberikan bukanlah dikaitkan dengan kelayakan akademik mereka, tetapi sebaliknya sikap yang tidak baik dan kemahiran komunikasi yang lemah ditunjukkan semasa sesi temuduga atau ditempat kerja. 



[2] GAJI TAK MASUK AKAL
Para majikan ditanya mengapa agak sukar untuk para graduan baru diterima bekerja dan hasilnya 68% responden memberitahu bahawa para graduan baru meminta gaji dan kelebihan yang tidak realistik. Survey yang dilakukan sebelum ini oleh pihak Jobstreet.com menyatakan 60% para graduan abru menjangkakan gaji pertama mereka sebanyak RM3,500. Malangnya, purata gaji yang ditawarkan kepada para graduan hanyalah dari RM2,100 - RM2,500. 

[3] LEMAH BAHASA INGGERIS

Dengan peningkatan kepentingan menguasai Bahasa Inggeris di Malaysia, 64% responden menyatakan bahawa penguasaan bahasa Inggeris yang lemah sebagai punca tidak diterima bekerja. Sebagai bahasa komunikasi bisnes yang utama, para graduan seharusnya mempunyai penguasaan bahasa Inggeris yang bagus untuk diterima bekerja dalam sesebuah organisasi dan syarikat. 

[4] TERLALU MEMILIH KERJA
Faktor ke-tiga yang menyebabkan para graduan baru tidak diterima bekerja pula adalah kerana sikap terlalu memilih dalam pekerjaan iaitu sebanyak 60% diikuti dengan kurangnya penguasaan komunikasi skils dan menunjukkan karaktor yang tidak elok semasa sesi interview

PENTING! Para graduan seharusnya mencari rujukan untuk memahami expectation, requirement dan tahap gaji yang ditawarkan oleh majikan untuk bersedia dalam sesi interview

[5] TIADA SKIL TAMBAHAN

39% daripada majikan memberikan jawapan bahawa mereka melihat skil kepimpinan melalui jawatan-jawatan yang disandang semasa pengajian. 25% melihat gred akademik dan 20% serta 16% masing-masing melihat melalui aktiviti kurikulum seperti sukan, kelab dan persatuan dan kerja-kerja sukarela.

Sumber asal : Jobstreet Blog


Read More

Testimoni Kejayaan Lulus Ujian

Leave a Comment
Tidak percaya dengan bantuan dan nota yang di hasilkan oleh pihak Tim Infokerjaya Resources?

Berikut adalah testimoni-testimoni kejayaan calon yang lepas. Nota, maklumat dan contoh-contoh soalan yang disediakan telah membantu lebih 68,000 orang graduan sejak tahun 2009.


LULUS EXAM KALI PERTAMA dan SETELAH BERKALI-KALI AMBIL TAK LULUS




....dan

pihak IKR komited untuk membantu para calon untuk sedia mengulangkaji sebelum peperiksaan.  Oleh itu, jualan akan diTUTUP terus walaupun di rayu sekalipun pada 17 Januari 2016. 

Oleh itu, anda patut mendapatkannya SEKARANG sebelum terlepas. 

RAYUAN CALON YANG PERLUKAN RUJUKAN 





Read More

Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41

Leave a Comment
Jawatan sebagai pegawai tadbir dan diplomatik merupakan jawatan yang di buka kepada pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam apa jua bidang yang diiktiraf daripada universiti tempatan dan luar negara. 

Calon yang berminat untuk menyandang jawatan ini haruslah memohon melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awan (SPA). Calon juga wajib melepasi 3 tapisan sebelum diserap sebagai pegawai di mana-mana jabatan berkaitan. 

Tugas-tugas Pegawai Tadbir dan Diplomatik 

Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.

Jadual Gaji 


Syarat Lantikan Sebagai Pegawai PTD

  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf. [Gaji permulaan RM 2,253.00] 
  • Ijazah Sarjana yang diiktiraf. [Gaji permulaan RM 2,564.14]
  • Ijazah Doktor Falsafah (PhD) yang diiktiraf. [Gaji permulaan RM 2,875.48]
  • Lulus peperiksaan memasuki Pegawai Tadbir dan Diplomatik yang ditetapkan. 
  • Hadir dan lulus Diploma Pengurusan Awam (DPA) anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)

1) Peperiksaan PTD

Sejak tahun 2015, peperiksaan memasuki perkhidmatan awam telah di lakukan secara dalam talian (online). 

Para calon tidak lagi perlu hadirkan diri ke pusat-pusat ujian untuk menduduki peperiksaan.
Semasa peperiksaan sedang berlangsung, anda juga perlu alert sebarang info dari pihak SPA yang akan di sebarkan melalui laman fanpage Facebook Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)

Calon wajib lulus peperiksaan ini untuk melayakkan tapisan seterusnya iaitu PAC. 

[+] Panduan Menduduki Peperiksaan PTD 19 Januari 2016

2) PTD Assessment Centre (PAC)

Para calon yang telah melepasi peperiksaan online, mereka akan di panggil untuk menghadiri PAC di pusat latihan INTAN seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. 

Antara aktiviti/ujian yang calon perlu tempuhi adalah berlari sejauh 2.4 km. 

3) Temuduga 

Calon akan dipanggil untuk temuduga selepas berjaya melepasi ujian di PTD PAC. 

3) KADET (calon simpanan)

Pada tahun 2016 ini, calon-calon yang melepasi kesemua syarat lantikan akan di serap masuk ke pasukan KADET atau juga dikenali sebagai calon simpanan. 



Dapatkan panduan dan nota untuk menduduki Peperiksaan Online Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 pada 19 Januari 2016 di sini. 



Read More